Home / Tehnik Pengobatan / Minyak wangi kasturi solusi atasi gangguan Jin/sihir

Minyak wangi kasturi solusi atasi gangguan Jin/sihir

Menggunakan minyak wangi dalam Islam sangat dianjurkan, sebab hal tersebut bagian dari usaha menjaga kebersihan dan keindahan. Tuhanpun sangat suka dengan hal-hal yang berbau harum, Allah berfirman, ”Sesungguhnya Allah swt menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai  orang-orang yang menyucikan diri.”(QS.2:222). Ayat ini secara tidak langsung menyuruh kita untuk selalu menjaga diri dari hal-hal yang kotor, seperti bau badan karena keringat atau debu, pakaian kumal dan sebagainya dan minyak wangi adalah salah satu obatnya.
Di kesempatan ini, Nabi juga pernah bersabda yang artinya, ”Aku diberi kesenangan di dunia ini, yaitu wanita, harum-haruman, dan kesejukan mata dalam sembahyang (HR.an- Nasa’i). Bayangkan, Nabi sendiri menganggap harum-haruman (minyak wangi) sebagai sesuatu yang menyenangkan. Karena itu hendaklah kita berlomba-lomba mengharumkan diri dengan aroma  minyak wangi dan jangan menolak bila orang lain memberikannya kepada kita, ”Siapa yang diberi harum-haruman hendaknya jangan menolak, karena sesungguhnya ia adalah ringan bebannya dan harum baunya.” ujar Nabi seperti yang tertuang dalam HR.Ahmad bin Hanbal.Abu Daud dan an-Nasa’i.
Pada zaman Nabi saw, jenis minyak wangi yang paling harum baunya adalah minyak kasturi, keterangan ini terdapat pada hampir semua hadits, kecuali al-Bukhari dan Ibnu Majah. Di beberapa daerah di Indonesia seperti Maluku, tumbuhan kasturi banyak ditemukan, Kasturi (Hibiscus abelmaschus atau H Moschatus atau Abelmoschus moschatus atau juga Granum moschatum) juga seringkali dikenal dengan nama gandapura, kapas sedeki, kaoro, kakpasan, regulo, rewulu atau bukal.
Minyak wangi didapatkan dari bahan-bahan alami seperti kulit kayu, daun-daunan, bunga-bungaan, akar-akaran dan sebagainya. Dalam dunia kosmetologi yang telah maju muncul beberapa perusahaan yang memproduksi bahan-bahan wewangian beraneka ragam jenis, bentuk, macam dan baunya pun sehingga konsumen dapat memilih yang sesuai dengan selaranya. Melihat pentingnya eksistensi parfum bagi kita, maka kaum Islam pun menganjurkan kita untuk memakainya. Berikut ini adalah beberapa hal yang dianjurkan oleh Nabi saw  kepada kita unrtuk menggunakan parfum yaitu:
  • Pertama, Ketika hendak pergi shalat Jum’at, sabda Rasulullah “Alangkah baiknya jika salah seorang diantara kamu membeli dua pakaian untuk hari Jum’at, selain  untuk pakaian kerja” (HR. Ibnu Majah dan Abu Daud)  Hadits ini diperkuat lagi dengan sabda lainnya yang berbunyi, ”Hendaknya setiap muslim mandi pada hari Jum’at, kemudian memakai pakaian yang terbaik, dan jika ia mempunyai wangi-wangian, maka hendaklah ia memakainya.”(HR.Ahmad bin Hanbal)
  • Kedua, Untuk mengharumkan Masjid, Aisyah binti Abu Bakar meriwayatkan. ”Rasulullah saw pernah menyuruh mendirikan masjid di kampung dan meminta supaya dibersihkan dan diberi yang harum-haruman.” ( HR.al- Bukhari,Muslim at-Tirmidzi, dan Abu Daud).
  • Ketiga, Untuk mengharumkan Ka’bah, Aisyah binti Abu Bakar meriwayatkan. ”Berilah Baitullah itu wangi-wangian karena yang demikian itu termasuk usaha membersihkannya”. (HR.Ahmad bin Hanbal).
  • Keempat, Ketika hendak memulai Ihram (Haji dan Umrah), Aisyah binti Abu Bakar meriwayatkan, “Aku pernah memberi wewangian kepada Nabi saw ketika (hendak) Ihram dengan minyak yang paling harum”. (HR al-Bukhari dan Muslim).
  • Kelima, Ketika akan shalat hari Raya (Idul Fitri dan Idul Adha) sabda Nabi, ”Rasulullah saw menyuruh pada dua hari raya agar memakai pakaian yang terbaik yang dia punyai dan memakai wewangian yang terharum dia peroleh, serta berkurban dengan (hewan) terbaik yang dia dapatkan”. ( HR. al-Hakim).
  • Keenam, Memakaikannya pada badan mayat yang wafat tidak dalam keadaan ihram, yakni setelah selesai dimandikan, sabda Nabi, ”Rasulullah saw datang kepada kami ketika putrinya meninggal dunia, lalu ia bersabda, Mandikanlah ia tiga kali, lima kali atau lebih dari itu, dan yang terakhir campurlah dengan kapur barus atau sedikit kapur barus. Kemudian jika kamu telah selesai beritahulah saya, Seusai kami memandikannya, kami beritahukan kepadanya, lalu beliau memberikan sehelai kain kepada kami, seraya beliau bersabda, ”Pakaikanlah kain itu padanya”. (HR.al-Jamaah).
  • Ketujuh, Untuk wanita yang baru selesai haid. Aisyah binti Abu Bakar berkata, ”Seorang perempuan dari kaum Anshar bertanya  kepada Rasulullah mengenai cara mandi sesudah haid, Rasulullah bersabda, ”Ambillah sedikit kasturi (minyak wangi), lalu engkau gunakan untuk bersuci (HR.al-Jama’ah kecuali at-Tirmidzi).
Selain itu, Nabi juga melarang kita menggunakan parfum sembarangan. Ada saat-saat tertentu dimana kita dilarang menggunakan parfum, yaitu:
  • Pertama, Memberikannya pada badan  mayat yang wafat ketika Ihram, Ibnu Abbas meriwayatkan, “Tatkala seorang laki-laki wukuf bersama Rasulullah di padang Arafah, tiba-tiba ia jatuh dari kendaraannya yang mengakibatkan  tulang lehernya patah dan kemudian ia wafat. Peristiwa itu disampaikan kepada Nabi, lalu beliau bersabda “Mandikanlah dengan air dan bidara, dan kafani dengan kedua  pakaian ihramnya. Janganlah kamu beri wewangian dan jangan kamu tutup kepalanya, karena Allah akan membangkitkannya pada hari kiamat dalam keadaan ihram.” (Ha.al-Jama’ah).
  • Kedua, Ketika sedang Ihram, Ulama sepakat mengatakan bahwa memakai wewangian selama ihram tidak dibolehkan, Namun menurut hadits  Nabi,  tidak mengapa kalau sekadar mencium wewangian yang datang dari arah lain atau badan orang lain (HR.al-Bukhari).
  • Ketiga, Bagi  wanita  yang sedang berkabung, Nabi bersabda, “Tidak halal bagi seorang perempuan yang beriman kepada Allah swt dan hari akhirat berkabung  lebih dari tiga hari kecuali terhadap suaminya, maka istri saat itu tidak boleh bercelak, tidak boleh memakai pakaian yang bagus, dan tidak boleh memakai wewangian.” {HR.al-Bukhari dan Muslim).MINYAK KASTURI
    Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam, maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiat. Paling ketara ia memberi kekuatan kepada rohani. Haruman merupakan santapan rohani, manakala kasturi adalah sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman. Mencium kasturi menenangkan roh. Justeru, janganlah kita menzalimi roh dengan membiarkannya menghidu sesuatu yang busuk. Kerana itulah syaitan cukup tidak senang dengan haruman kasturi ini kerana dapat menjejaskan kerjayanya untuk menganggu manusia.

    Di samping itu jangan lupa menunaikan solat, berzikir dan membaca Al-Qur’an setiap hari. Amalan-amalan ini merupakan santapan roh yang hakiki bagi memperkuatkan dan memperbaharui keimanan. Kerana itulah Rasulullah s.a.w menyuruh kita jangan lupa dari membaca dan beribadah kerana sesungguhnya syaitan itu akan lari dari dalam badan seseorang mahupun dalam rumah seperti cacing yang kepanasan bagi sesiapa yang membacanya.

    Kasturi bertindak sebagai agen haruman selain itu dipercayai mempunyai kelebihan dalam dunia perubatan tradisional. Ia merupakan entiti paling berharga yang didatangkan dari tubuh kijang jantan. “Bahawa dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za’faran) dan buminya kasturi.’ Diriwayatka oleh al-Tarmidzi daripada Abu Ayub R.A daripada Nabi Muhammad S.A.W maksudnya,“Empat perkara daripada sunnah Rasul-Rasul iaitu: malu, berwangi-wangian, iwak dan nikah” (Hadis Hassan) Kasturi minyak wangi kesukaan Nabi Muhammad S.A.W. Diriwayatkan oleh Muslim sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda maksudnya,”Kasturi adalah minyak wangi yang paling baik sekali” Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Aishah R.Anha katanya,” katanya..”Aku telah menyapu minyak wangi kepada Nabi S.A.W dengan minyak wangi sehingga aku dapati bau dan kesan minyak wangi di kepala dan janggutnya”.

    Mengamati petikan hadis riwayat Al-Bazzar ini membayangkan kepada kita betapa harumnya bauan kasturi itu sudah lama disebut dan disampaikan dari mulut ke mulut. Sekian lama merentangi latar zaman, waktu dan masyarakat, rahsia kehebatan kasturi terus diperkatakan. Hinggakan apa sahaja yang berbau harum dikaitkan dengannya. Ungkapan ‘seharum kasturi’ juga mudah ditemui dalam bait puisi turun-temurun, lirik lagu cinta dan juga bicara romantis. Namun, sejauh manakah kita mengetahui dari mana datangnya bahan yang istimewa ini? Bagi yang keliru, kasturi disangkakan ekstrak pati bunga, buah-buahan atau kulit kayu, sebagai mana dalam industri pembuatan minyak wangi. Sebenarnya, istilah kasturi (bahasa Inggeris: musk) merujuk kepada kandungan yang terdapat dalam bintil kelenjar kijang jantan.

    Walaupun kerap ditemukan di bahagian antara perut dan genital, kasturi juga bukan janggal jika ia tumbuh di bahagian-bahagian lain haiwan tersebut, seperti di leher, badan atas dan juga kepala. Apabila tertanggal atau dipotong dari tubuh kijang tersebut, bintil kasturi yang mengering membuatkan kandungan berwarna merah keperangan berubah menjadi hitam dan keras. Jika ditekan kuat atau diketuk, butiran kecil akan terkeluar darinya dan bahan itulah yang dicampur bersama minyak atau ekstrak wangian.

    “Sejak ratusan tahun lalu, ia digunakan dalam pembuatan wangi-wangian. Kasturi juga bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai menjadikan bau haruman lebih tahan lama. “Pendek kata, ia merupakan produk haiwan yang paling berharga dan haiwan tertentu sahaja menghasilkannya,”

    Dalam dunia ini, hanya terdapat lima jenis haiwan yang menghasilkan kasturi iaitu kijang jantan, lembu, musang, kura-kura dan tikus. Paling popular adalah kasturi kijang jantan yang hidup di pergunungan Himalaya.

    Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda

    Sabda Nabi S.A.W.:
    “Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)

    – Menenangkan Jiwa
    – Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
    – Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan- Menghilangkan debaran jantung
    – Menghilangkan Sesak Nafas
    – Melegakan Lelah (Asma)
    – Menyedarkan orang yang pengsan
    – Memperkuatkan organ luaran tubuh
    – Memperkuatkan organ dalaman tubuh
    – Menghilangkan rasa gementar
    – Menghilangkan sejuk tubuh
    – Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
    – Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
    – Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
    – Menjernihkan mata putih pada mata
    – Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
    – Mencegah wabak penyakit
    – Menghindarkan dari angin Ahmar
    – Menghilangkan sakit kepala
    – Melindungi dari gigitan nyamuk dan lalat
    – Darah gemuruh
    – Sesak nafas
    – Selsema
    – Hysteria
    – Menyejukan badan
    – Melembutkan kulit
    – Urut sakit sendi
    – Rawatan luka luar dan dalam
    – Sengatan serangga

    Meredhakan Allah SWT, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya.

    Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (spt kasturi).

    Dari ‘Aisyah r.a, “Seorang wanita bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tentang cara mandi dari haid. Beliau lalu memerintahkan wanita itu bagaimana cara mandi. Beliau bersabda: “Ambillah sepotong kapas yang diberi kasturi lalu bersucilah.” Wanita itu bertanya, “Bagaimana aku bersucinya? Beliau menjawab: “Bersucilah dengan kapas itu!” Wanita itu berkata lagi, “Bagaimana caranya aku bersuci?” Beliau bersabda: “Bersucilah dengan menggunakan kapas itu!” Wanita itu bertanya lagi, “Bagaimana caranya?” Maka Beliau berkata, “Subhaanallah. Bersucilah kamu!” Lalu aku menarik wanita itu kearahku, lalu aku katakan, “Kamu bersihkan sisa darahnya dengan kapas itu.” (HR al-Bukhari)

    Ramai yang biasa mendengar atau pernah mendengarnya tetapi tidak pernah tahu apa dan dari mana asal-usulnya. Itulah kasturi. Apa sahaja haruman, wangian dan kebaikan akan dikaitkan dengan kasturi. Di atas adalah antara hadis-hadis Nabi s.a.w. yang menyebutkan tentang kasturi.

    Khasiat Minyak Wangi Kasturi Kijang.
    – hasil dari KELENJAR KIJANG WANGI
    – mengelakkan serangan @ gigitan nyamuk jika disapu pada anggota badan
    – dapat menjadi penawar sakit sendi-sendi badan & pening kepala (disapu)
    – untuk penawar jerawat di muka & resdung serta selsema
    – menjadi penawar penyakit ANGIN AHMAR krn JIN AHMAR tidak suka akan bauan WANGIAN KASTURI kerana ia merupakan SUNNAH NABI S.A.W

Check Also

ramuan ini terbukti hentikan nyeri haid dalam hitungan menit

Ramuan Ini Terbukti Hentikan Nyeri Haid Dalam Hitungan Menit

Setiap wanita yang sudah aqil baliqh pasti mengalami  yang namanya menstruasi ya. Nah, pada proses ...

...